Sunday, April 19, 2009

Terkenang Ayah 1

12hb April lepas telah genap 11 tahun ayah aku pergi meninggalkan dunai ini.Jadi sudah 11 tahun rupanya aku ini anak yatim, juga dah 11 tahun ibuku bergelar Ibu Tunggal.Masa yang berlalu begitu pantas sekali dah 11 tahun juga rupanya adik aku yang no 2 berkahwin sebab ayahku meninggal ketika hari kenduri kahwin adik aku ni.Alfatihan untuk arwah ayah semoga arwah di tempat Allah dikalangan hambanya yang beriman dan beramal solleh.Terlalu banyak kenangan aku bersama arwah,beliau seorang yang cukup istimewa dalam hidup aku bahkan banyak yang melingkari hidup aku seakan sikap dan tingkah arwah.Anak Bapak katakan.
1.Dalam berpolitik ayah aku merupakan penyokong Pas yang tegar walaupun ayah seorang angota Polis.Pejuangan ayah dalam Pas bermula sebelum menyertai pasukan Polis lagi ini mungkin berkait rapat dengan aliran perjuangan Cak aku dahulu.Cak aku pernah ditawar untuk bertanding diatas tiket parti perikatan oleh adik iparnya sendiri ketika itu adalah MB Perlis sewaktu parti Pas bergabung dengan parti Perikatan namun Cak lebih selesa dengan perjuangan Pas.
2.Ketika aku sudah layak untuk mengangotai parti politik aku tidak memilih Pas sebagai landasan perjuangan mungkin ketika itu aku lebih melihat perjuangan parti Pas hanya sekitar sekelilingku atau lebih tepat lagi aku melihat Pas ini satu parti yang langsung tidak ada masa depan.Namun ayah tidak pernah melarang aku untuk mengangotai parti Umno,bagi ayah berpolitik itu sesuatu yang bebas tanpa sebarang paksaan tetapi kadang-kadang tu ayah smash juga apa-apa yang di buat oleh Dr Mahazir terutama semasa Umno di haramkan kepada aku.Katanya Umno yang ada sekarang dah bukan macam Umno asal,Umno yang dok ada sekarang ni dah semakin hilang jiwa perjuangannya.Sekali pun aku tak pernah mengambil pusing apa katanya.Umno dan Barisan Nasional ketika itu cukup kuat sekali,malahan ada kawasan yang langsung tidak ada pertandingan semasa pilihanraya terutama kawasan di negeri Johor,Negeri Sembilan,Selangor dan Pahang.,kalau ada pertandingan pun berakhir dengan hilang wang petaruhan.
3.Setelah Umno di haramkan dan proses pendaftaran semula ahli Umno aku turut sama menyertai ahli Umno dan terus dilantik sebagai ketua pemuda cawangan (penaja).Bermulalah aku memahami Umno dan menghayati perjuangan Melayu dan Ketuanan Melayu.Pada mata aku tidak ada yang cacatnya perjuangan Umno ni,Dr Mahazir di minda aku adalah pejuang Melayu yang teramat hebat dan ulung.Beliau adalah pengerak Melayu untuk maju kehadapan.Terlalu hebat insan yang bernama Mahazir ini dalam hidup aku.
4.Satu hari ketika aku dan ayah serta rakan-rakan aku bersembang tentang hal-hal politik ayah tiba-tiba besuara katanya hayat Umno dah tak lama lagi.Umno akan lenyap kerana dalam Umno ahlinya dah berpolitik untuk jawatan dan habuan kebendaan bukan lagi untuk rakyat yang ramai.Aku sekadar tersenyum tanpa membantah kerana bagiku Umno yang cukup diterima rakyat akan lenyap,lebih lagi bila ayah mengatakan yang akan merosak Umno ni adalah Dr Mahazir sendiri.Bagi aku ini adalah cakap-cakap orang yang tak sehaluan dalam berpolitik.Lebih tepat lagi orang yang jumut yang teramat dalam berpolitik,tapi apa boleh buat dalam bab ni aku terpaksa mengalah demi menghormati ayah.
5.Semalam aku terkejut bila mendengar Ds Najib mengumumkan Umno dan Bn akan berbincang kemungkinan tidak akan bertanding di dun Penanti.Apakah telahan yang ayah aku buat dulu semakin hampir kebenarannya kerana satu yang di telahnya dulu kini dah jadi kenyataan.Sewaktu adik aku yang no 2 dalam darjah 6 ayah berkata kepada aku di depan kawan-kawan aku, dalam banyak anak yang dia ada anak yang ini akan kawin 2,kami semua ketawa beramai ramai kerana adik aku ini tak menampakan caranya kearah itu.Yang ni dah betul telahannya...sekarang aku tunggu yang satu lagi,nampaknya apa yang ayah kata dulu dah semakin jelas benarnya.Alllahuallam.

No comments:

Post a Comment