Saturday, September 5, 2009

Strategi baru nak menang di bagan pinang.


Apakah susu macam ni yang ubn patut bagi kat pengundi di Bagan Pinang

Sunday, August 30, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA

Tepat jam 12.00 tengah malam nanti seluruh rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52.Dipanjatkan doa serta harapan kepada yang maha kuasa semoga negara yang tercinta ini akan terus aman dan makmur serta dijauhi sebarang bencana serta di kurniakan Allah kepada kita semua pemimpin yang terbaik dikalangan yang terbaik untuk memimpin negara ini.Semoga Malaysia negaraku akan lebih berjaya lagi.Amin.

Tuesday, August 25, 2009

Yang terang lagi bersuluh.

Pukul 7.30 ptg tadi keputusan PRK Permatang Pasir diumumkan secara rasminya,Parti Islam SeMalaysia telah berjaya mengekalkan kerusinya,bagi parti UBN sekali lagi terpaksa akur dengan pilihan rakyat....tewas lagi dalam siri-siri PRK.Siapa yang terberak dalam seluar dah pun kita ketahui...salam takziah buat Umno...

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Esok sabtu 22.8.09 seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa menunaikan rukun Islam yang ke 3.Semoga kedatangan Ramadhan ini akan memberi peluang kepada kita semua untuk menambahkan amalan kita buat bekalan untuk satu kehidupan yang kekal abadi.Selayak sebagai bulan yang terbaik diantara bulan penuhilah malamnya ditiap detik untuk beribadat kepadaNYA.
Selamat menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan ini,Selamat Berpuasa....Amin.

Tuesday, August 18, 2009

Sudah jatuh di timpa tangga lepas tu di hempap rumah

Begitulah nasib yang dapat dinyatakan kepada UBN disaat menghadapi PRK Permatang Pasir.Saat dimana UBN memerlukan sokongan moral dalam menghadapi sekali lagi PRK setelah tewas disemua PRK di Semenanjung Malaysia tiba-tiba satu Malaya dikejutkan dengan berita calon UBN terlibat dalam pecah amanah melibatkan wang tunai melebihi RM 140000, lebih parah lagi duit ini kepunyaan Koperasi Pekebun Kecil yang pastinya mereka ini bukanlah golongan orang kaya atau berada.Duit orang susah sudah kena rembat dengan mamat nie,apa pun alasan yang telah..sedang..
akan diberikan pastinya tidak mampu lagi diterima oleh sekelian makhluk yang bernama manusia.
Apa pun cuba kita lihat alasan-alasan ini mungkin ada juga benarnya.

1-Itulah satu-satunya yang terbaik yang mampu UBN tampilkan sebagai calon kerana calon-calon yang lain lagi berat kes sedang menanti.Kalaulah ini alasannya,UMNO khasnya perlu memikirkan kembali asas perjuangan mereka.Terbaik dikalangan yang tidak baik masih lagi tidak baik untuk ditampil sebagai pemimpin masyarakat atau wakil kepda rakyat.Rakyat hari memerlukan seorang pemimpin yang amanah,tidak rasuah,adil,bersih moral dan bertanggung jawab untuk dipilih.Sayang sekali UMNO gagal untuk memilih calon yang mempunyai ciri-ciri seperti yang diperlukan oleh pengundi-pengundi di Permatang Pasir.

2-Satu konspirasi untuk memalu dan menjatuhkan PM Satu Malaysia,rakyat jelata sedang menanti keputusan PRK Permatang Pasir.Kekalahan bermakna semakin singkat usia politik Ds Najib.Tiada sesiapa yang boleh menafikan bahawa satu masa dulu Pengerusi Perhubungan Negeri adalah anak didik ahli Parlimen Permatang Pauh.Apakah dengan mengemukakan calon yang begini adalah sebagai satu perancangan untuk memberi kemenangan mudah buat PR dan seterusnya memalukan Tuan Presiden.Sekali lagi nampaknya PR mendapat bola tanggung..

3-Telah Allah perbutakan mata dan akal dalam memilih calon supaya rakyat dapat melihat wajah sebenar UMNO.Selama ini rakyat hanya menonton dalam filem Hindi cerita wakil rakyat jahat yang sering menyusahkan orang ramai tapi hari ini UMNO sedang melakonkan kembali.Saat ini bukan lagi masa untuk buat pertukaran kerana pencalonan telah pun ditutup,nasi sudah pun jadi bubur.Coverlah semampu yang mungkin....... tapi perlu ingat,sehelai daun biak atau ketum tak mampu nak tutup bangkai dinosour.Setelah berkali-kali jatuh ditimpa tangga nampaknya kali ini rumah pun hempap sekali.

Sunday, July 19, 2009

Sekadar satu catatan

Agak lama aku tak menulis di blog ni mungkin tuntutan masa membuat aku lebih perlu membahagi masa dalam mempastikan perjalanan syarikat.Keadaan ekonomi hari ini membuat aku lebih berhati-hati demi mempastikan perjalanan syarikat tidak terganggu dengan kegawatan ekonomi kini.Hari ni aku akan cuba untuk menulis kembali sebagai satu catatan sejarah untuk di ingati oleh generasi aku sekurang-kurangannya.Apalah yang paling menarik untuk di catat kalau bukan cerita politik yang cukup panas ketika ini sampaikan semua rakyat terlupa seketika kegawatan ekonomi yang agak gawat.Rata-rata tempat topik utama pasti tak lari daripada cerita politik...nampaknya orang Melayu terutamanya dah semakin memahami apa itu politik.

1.Tumbangnya UBN dalam 6 prk ditangan PR di Semenanjung Malaysia, sedikit penawar untuk UBN 1 kerusi dapat dipertahankan iaitu di Batang Ai Sarawak.Sesuatu yang perlu diketahui umum sebagai satu catatan ,Sarawak terletak di Malaysia Timur dan merupakan negeri yang agak mudur berbanding dengan Semenanjung Malaysia dan ini di akui oleh semua rakyat Malaysia termasuk hantu,jin,cipan,kambing serta seluruh makhluk di alam ini.Secara jelasnya UBN hanya mampu menang di tempat yang penduduknya masih kurang pengetahuan dan masih terhad sumber maklumat serta ketinggalan dalam segala segi.Fakta ini adalah diakui oleh sekelian makhluk yang ada di alam ini serta juga UFO yang datang dari planet yang lain.Untuk catatan juga Umno tidak ujud di Sarawak dan satu-satunya negeri yang tidak ada parti Umno di Malaysia.Umno sakit teruk sekarang ini,gelombang pernolakan terhadap UBN cukup jelas bermula daripada anak-anak muda di univarsiti hinggalah kesemua lapisan masyarakat di seluruh pelusuk negara.Umno dianggap sebagai parti yang penuh dengan segala macam kebusukan,kebodohan,penipuan dan segala macam mak nenek yang semua teruk belaka.Inilah situasi yang sedang dialami oleh parti Umno.Daripada keputusan prk yang telah di jalankan kesimpulan yang dapat di buat adalah UBN ditolak oleh semua lapisan bangsa dan agama terutama sekali bukan melayu dengan nisbah 2:8 berbanding dengan PR sementara untuk bangsa Melayu pulak nisbah nya 1:1.Prk datang lagi dan sekali lagi UBN akan terpaksa menghadapinya walaupun keputusannya telah pun diduga oleh semua pemimpin Umno.Permatang Pasir sekali lagi akan membuat Ubn TERBERAK DALAM SELUAR.

Tuesday, June 9, 2009

Bila yang busuk dah jadi air najis

Muktamar agung Parti Islam Semalaysia telah pun berakhir namun kesan daripada itu terus menjadi perbualan dan kekadang menjadi topik perdebatan di merata-rata.Umat Melayu dan Islam di Malaysia dah pandai berpolitik??? atau baru nak kenal politik

1.Lebih daripada 50 tahun parti Perkembar dan BN memerintah Malaysia selama itulah juga rakyat Malaysia telah di tuba dan di keramatkan hanya inilah satu-satunya wadah perjuangan untuk umat Melayu dan islam di bumi Malaysia ini.Tidak ada dua atau tiga cuma yang ada hanyalah Umno,kalau karam parti Umno ini maka habislah bangsa Melayu dan banyaklah orang Melayu yang akan kebulur dan mengemis di tanah air sendiri.Inilah matematik yang dibuat oleh bangsawan Umno...terlalu mudah kerana semudah itu juga akan di terima oleh umat manusia yang bernama Melayu ini.Tidak hairan kalau terlalu ramai insan yang ingin berganding sama dengan Umno dengan berbagai harapan sama ada untuk habuan kebendaan atau sekadar nak tumpang glamor.Lihat saja bagaimana parti seperti Kimma pun tidak pernah berputus asa memohon setiap tahun untuk diterima sebagai salah satu komponen BN.Hebat UBN nie..

2.Kesedaran pasti datang juga,bagi yang mempunyai asas pendidikan melebihi tingkat tamat tingkatan 5 serta pandai membaca dan menulis serta selalu juga keluar dari kelompok yang sesepisis dengannya pasti ada perubahan.Kesedaran yang selama ini ditipu oleh kelompok UBN membuatkan golongan ini bukan sekadar menolak parti Umno ini malahan jauh dari itu.Mana-mana golongan yang samaada berminat,simpati,kasihan atau apa-apa saja perbuatan yang mendekatkan diri kepada Umno akan dianggap puak yang harus di perangi dengan sesungguhnya.Kalaupun umat Melayu ini di label sebagai golongan yang mudah lupa tapi rasanya dalam soal yang sebegini banyak dah orang Melayu yang dah tinggi daya ingatannya.

3.Buat golongan yang merasakan perlu diadakan mu..zakarr..rah ngan UMNO tolong fikir sekali lagi..rasanya kalu setakad kepala otak TGHH dan ustaz Nasa hanya akan jadi makanan UBN saja Tidak perlu nak berdakwah(SEPERTI YANG DIWAR-WAR) terlalu dangkal alasan ini.

Monday, May 25, 2009

Negeri besar Kelemboi

Negeri aku yang sekangkang kera atau nama manjanya Kelemboi,bergolak juga politiknya.Ingat hanya yang banyak minyak saja nak bergomoi rupanya yang tak ada apa pun pakat dok berebut.
Awat yang jadi lagu nie...

1.Aku mula meninggalkan negeri besar Kelemboi ni pada tahun 1980 untuk belajar nun di tempat jin bertendang(waktu tu la)Kulim.Waktu tu kat pekan Kulim hanya ada satu round-about kat jalan nak pi hospital tu pun hanya besar Kelemboi.Dekat sekolah masa tu hanya ada hutan getah kat depan sekolah pulak ada tempat sembelih Babi,kawasan perumahan pun yang ada masa tu hanya Taman Bersatu saja.Kiranya waktu tu Kulim ni ulu la kalau nak banding dengan pekan Kangar.

2.Hari ini mata kita yang akan jadi saksi macam mana keadaan pekan Kulim terrramat jauh berbeza dengan tahun 1980 dulu,negeri besar Kelemboi ni masih kekal macam dulu juga.Jangan pekan Kulim la, tengok yang dekat dengan Perlis....pekan Cangloon,gunalah segala akal dan fikiran sendiri untuk membuat penilaian.Lu fikir la sendiri..

3.Apa yang pemimpin terdahulu dah buat untuk memajukan negeri yang besar Kelemboi nie..tak payah dok gebang deras la.Kalau pemimpin sekadar nak bagi kenyang perut sendiri,suku-sakat dan kawan rakan tak payah la.. kesian la kat rakyat.

4.Bila masanya yang pemimpin dok ada ni nak buat kerja yang sepatutnya depa buat kalau hari-hari pakat-pakat dok kira nak bergomoi berebut nak jadi Tok Ketua.Yang sudah tu sudah la
tak payah nak main wayang getar la,rakyat dah cukup meluat dengan perangai macam nie.Majukan negeri yang besar Kelemboi nie,pastikan anak muda ada kerja tak payah nak pi jauh-jauh nak cari makan.Hari ni dah berapa ramai anak Perlis keluar dari negeri yang indah dan permai nak cari sesuap nasi,sepatut ini yang pemimpin kena fikir bukannya dok kira dok berebut nak jadi MB.

5.Untuk kumpulan yang merancang nak keluar dari parti perkauman nie aku nasihat fikir elok-elok sebab kalau nak masuk pasai nak cari habuan atau perojek,PR tidak menjanjikan itu untuk anda.Bertukarlah kerana anda mempunyai perinsip keazaman melihat generasi yang akan datang terutama orang Islam dan Melayu untuk terus mampu bersaing dalam ruang yang lebih terbuka dipentas dunia bukan setakad Mata Air,Pokok Sena,Jawi,Padang Besar dan Kola Perlis.


Sunday, May 24, 2009

Antara berjuang dan berlawan.

Teramat jauh bezanya antara berjuang dan berlawan..malangnya Umno gagal membezakan antara
keduanya.Apapun alasannya yang pasti Umno dan BN sedang meniti di hujung hayat.PRK Penanti adalah satu jawapan kepada kegagalan ini.

1.Bagi seorang ahli politik tiada istilah tewas dalam perjuangan kerana perjuangan itu tidak pernah ada penghujungnya amat berbeza dengan berlawan seperti pertandingan tarik tali.Malang yang teramat sangat bila DS Najib mengandaikan PRK ini umpama perlawanan tarik tali,teramat takutnya melihat kekuatan PKR dan PR.Tewas dalam PRK bukanlah berakhirnya satu perjuangan, pengundi di Penanti ternanti-nanti untuk mendengar hujuh akan kewajaran, keperluan dan relevannya parti yang dongengnya memperjuangkan bangsa Melayu dalam arus politik hari ini.

2.Ketika anak muda makin menjauhkan diri dari parti perkauman ini sepatutnya bocah-bocah umno perlu lebih tangkas untuk memberi penerangan akan kewajaran untuk duduk berlindung di bawah payung Umno.Sedar tak Umno dewasa ini anak muda pewaris pimpinan masa depan semakin menjauhkan diri dari Umno.Anak muda hari ini melihat Umno umpama pembawa virus A H1N1.

3.Belajarlah dari PAS dalam meneruskan perjuangan menegak kebenaran andai dirasakan perjuangan yang dibawa itu adalah sesuatu yang perlu untuk orang Melayu.

Sunday, April 19, 2009

Terkenang Ayah 1

12hb April lepas telah genap 11 tahun ayah aku pergi meninggalkan dunai ini.Jadi sudah 11 tahun rupanya aku ini anak yatim, juga dah 11 tahun ibuku bergelar Ibu Tunggal.Masa yang berlalu begitu pantas sekali dah 11 tahun juga rupanya adik aku yang no 2 berkahwin sebab ayahku meninggal ketika hari kenduri kahwin adik aku ni.Alfatihan untuk arwah ayah semoga arwah di tempat Allah dikalangan hambanya yang beriman dan beramal solleh.Terlalu banyak kenangan aku bersama arwah,beliau seorang yang cukup istimewa dalam hidup aku bahkan banyak yang melingkari hidup aku seakan sikap dan tingkah arwah.Anak Bapak katakan.
1.Dalam berpolitik ayah aku merupakan penyokong Pas yang tegar walaupun ayah seorang angota Polis.Pejuangan ayah dalam Pas bermula sebelum menyertai pasukan Polis lagi ini mungkin berkait rapat dengan aliran perjuangan Cak aku dahulu.Cak aku pernah ditawar untuk bertanding diatas tiket parti perikatan oleh adik iparnya sendiri ketika itu adalah MB Perlis sewaktu parti Pas bergabung dengan parti Perikatan namun Cak lebih selesa dengan perjuangan Pas.
2.Ketika aku sudah layak untuk mengangotai parti politik aku tidak memilih Pas sebagai landasan perjuangan mungkin ketika itu aku lebih melihat perjuangan parti Pas hanya sekitar sekelilingku atau lebih tepat lagi aku melihat Pas ini satu parti yang langsung tidak ada masa depan.Namun ayah tidak pernah melarang aku untuk mengangotai parti Umno,bagi ayah berpolitik itu sesuatu yang bebas tanpa sebarang paksaan tetapi kadang-kadang tu ayah smash juga apa-apa yang di buat oleh Dr Mahazir terutama semasa Umno di haramkan kepada aku.Katanya Umno yang ada sekarang dah bukan macam Umno asal,Umno yang dok ada sekarang ni dah semakin hilang jiwa perjuangannya.Sekali pun aku tak pernah mengambil pusing apa katanya.Umno dan Barisan Nasional ketika itu cukup kuat sekali,malahan ada kawasan yang langsung tidak ada pertandingan semasa pilihanraya terutama kawasan di negeri Johor,Negeri Sembilan,Selangor dan Pahang.,kalau ada pertandingan pun berakhir dengan hilang wang petaruhan.
3.Setelah Umno di haramkan dan proses pendaftaran semula ahli Umno aku turut sama menyertai ahli Umno dan terus dilantik sebagai ketua pemuda cawangan (penaja).Bermulalah aku memahami Umno dan menghayati perjuangan Melayu dan Ketuanan Melayu.Pada mata aku tidak ada yang cacatnya perjuangan Umno ni,Dr Mahazir di minda aku adalah pejuang Melayu yang teramat hebat dan ulung.Beliau adalah pengerak Melayu untuk maju kehadapan.Terlalu hebat insan yang bernama Mahazir ini dalam hidup aku.
4.Satu hari ketika aku dan ayah serta rakan-rakan aku bersembang tentang hal-hal politik ayah tiba-tiba besuara katanya hayat Umno dah tak lama lagi.Umno akan lenyap kerana dalam Umno ahlinya dah berpolitik untuk jawatan dan habuan kebendaan bukan lagi untuk rakyat yang ramai.Aku sekadar tersenyum tanpa membantah kerana bagiku Umno yang cukup diterima rakyat akan lenyap,lebih lagi bila ayah mengatakan yang akan merosak Umno ni adalah Dr Mahazir sendiri.Bagi aku ini adalah cakap-cakap orang yang tak sehaluan dalam berpolitik.Lebih tepat lagi orang yang jumut yang teramat dalam berpolitik,tapi apa boleh buat dalam bab ni aku terpaksa mengalah demi menghormati ayah.
5.Semalam aku terkejut bila mendengar Ds Najib mengumumkan Umno dan Bn akan berbincang kemungkinan tidak akan bertanding di dun Penanti.Apakah telahan yang ayah aku buat dulu semakin hampir kebenarannya kerana satu yang di telahnya dulu kini dah jadi kenyataan.Sewaktu adik aku yang no 2 dalam darjah 6 ayah berkata kepada aku di depan kawan-kawan aku, dalam banyak anak yang dia ada anak yang ini akan kawin 2,kami semua ketawa beramai ramai kerana adik aku ini tak menampakan caranya kearah itu.Yang ni dah betul telahannya...sekarang aku tunggu yang satu lagi,nampaknya apa yang ayah kata dulu dah semakin jelas benarnya.Alllahuallam.

Terkenang bersama Cak.

Cak atau Tok wan @ Atuk adalah gantinama aku kepada datuk,Panggilan ini adalah begitu sinonim dengan seluruh rakyat Perlis,mungkin bagi bukan penduduk Perlis perkataan ini agak asing,apa pun untuk yang bergelar datuk tidak salah rasanya jika mahu menggunakan gantinama ini untuk di panggil oleh cucu masing-masing.Sebenarnya apa yang ingin aku ceritakan kepada semua bukanlah panggilan aku kepada Cak aku tetapi bagaimana penghormatan yang di beri oleh orang kampungku kepada insan yang aku panggil sebagai Cak.
1.Sekitar awal tahun 70an sewaktu umur ku mula mengenal alam persekolahan,ketika itu boleh dikatakan seluruh penduduk negeri Perlis kenal antara satu sama lain biarpun datangnya dari kawasan yang berbeza.Ini mungkin kerana negerinya yang kecil dan penduduknya yang tak ramai,boleh dikatakan semua orang saling kenal mengenal antara satu sama lain.Begitulah juga dengan Cak atau Datuk aku,rasanya separuh atau hampir daripada separuh orang Perlis mengenali insan yang aku panggil Cak ini.
2.Cak aku bukanlah seorang Raja ataupun menteri beliau hanyalah manusia biasa yang pencen sebagai penghulu dan pegawai pertanian.Walaupun bergitu Cak aku ini amat dihormati oleh jiran-jiran serta warga yang mengenalinya,ini dapat dilihat sewaktu mereka berbual dan menegur CAK.Rasa hormat juga dapat dilihat hatta ketika mereka bergurau kerana Cak aku juga seorang yang suka melawak.Bahasa yang di pertuturkan juga masih tetap bersopan,tertip dan saling menghormati tanpa sebarang paksaan jiwa.
3.Cak aku berketurunan Tengku namun begitu beliau juga hidup dan bekerja semasa mudanya seperti kebanyakan orang lain di kampung,malahan untuk mencari kayu api untuk buat memasak juga di buat sendiri oleh Cak aku .Tidak ada sebarang perbedaan antara Cak aku dan jiran kampung cuma yang membeza ketika itu adalah ketika mereka bersembang.Mereka akan membahasa diri mereka dengan ganti nama patik, mereka juga akan membahasa diri mereka patik ketika bercakap dengan aku.Walaupun ketika itu aku masih kecil namun ingatan aku masih lagi jelas melihat keiklasan yang keluar dari wajah mereka.
4.Hari ini aku terasa rindu pulak untuk mendengar ungkapan sebegini tapi pada masa yang sama aku juga merasakan ungkapan sebegini tidak lagi releven untuk di pertuturkan,aku dapat merasakan bahawa hari ini rasa penghormatan sebegini hanya akan di beri pada insan-insan yang mempunyai kuasa untuk mengubah nasib seseorang ATAU mana-mana insan yang mempunyai harta dan kemewahan yang melimpah ruah bukan lagi kepada insan yang seperti Cak aku dulu.Hari ini siapa yang ada kuasa dan harta yang bertimbun inilah insan yang akan di hormati.Cak aku dulu mana ada semua ini,tapi rasa hormat warga terhadap Cak tidak susut pun. Cak aku seorang pendekar atau otai kampung??? Juga mana mungkin kerana bila terlihat saja kilat di langit beliaulah orang yang pertama lari bersembunyi kerana takut.Jadi penghormatan yang Cak aku terima adalah sesuatu yang ikhlas tanpa paksaan atau pura-pura.
5.Hari ini juga aku tertanya apakah pekara yang sebegini masih ada lagi..?Aku amat yakin kalau adapun ianya hanya berkisar di sekitar istana,itu pun bila ada majlis rasmi..Aku juga mahu bertanya kenapa nilai-nilai yang sebegini harus pupus??Apakah ini tandanya satu kemajuan kerana nilai-nilai sebegini hanya layak di antikkan dalam lipatan sejarah melayu???atau tuan badan tak pandai menghargai penghormatan yang di beri,ya la bila tuan badan hidupnya penuh dengan segala macam kekotoran....