Cak atau Tok wan @ Atuk adalah gantinama aku kepada datuk,Panggilan ini adalah begitu sinonim dengan seluruh rakyat Perlis,mungkin bagi bukan penduduk Perlis perkataan ini agak asing,apa pun untuk yang bergelar datuk tidak salah rasanya jika mahu menggunakan gantinama ini untuk di panggil oleh cucu masing-masing.Sebenarnya apa yang ingin aku ceritakan kepada semua bukanlah panggilan aku kepada Cak aku tetapi bagaimana penghormatan yang di beri oleh orang kampungku kepada insan yang aku panggil sebagai Cak.
1.Sekitar awal tahun 70an sewaktu umur ku mula mengenal alam persekolahan,ketika itu boleh dikatakan seluruh penduduk negeri Perlis kenal antara satu sama lain biarpun datangnya dari kawasan yang berbeza.Ini mungkin kerana negerinya yang kecil dan penduduknya yang tak ramai,boleh dikatakan semua orang saling kenal mengenal antara satu sama lain.Begitulah juga dengan Cak atau Datuk aku,rasanya separuh atau hampir daripada separuh orang Perlis mengenali insan yang aku panggil Cak ini.
2.Cak aku bukanlah seorang Raja ataupun menteri beliau hanyalah manusia biasa yang pencen sebagai penghulu dan pegawai pertanian.Walaupun bergitu Cak aku ini amat dihormati oleh jiran-jiran serta warga yang mengenalinya,ini dapat dilihat sewaktu mereka berbual dan menegur CAK.Rasa hormat juga dapat dilihat hatta ketika mereka bergurau kerana Cak aku juga seorang yang suka melawak.Bahasa yang di pertuturkan juga masih tetap bersopan,tertip dan saling menghormati tanpa sebarang paksaan jiwa.
3.Cak aku berketurunan Tengku namun begitu beliau juga hidup dan bekerja semasa mudanya seperti kebanyakan orang lain di kampung,malahan untuk mencari kayu api untuk buat memasak juga di buat sendiri oleh Cak aku .Tidak ada sebarang perbedaan antara Cak aku dan jiran kampung cuma yang membeza ketika itu adalah ketika mereka bersembang.Mereka akan membahasa diri mereka dengan ganti nama patik, mereka juga akan membahasa diri mereka patik ketika bercakap dengan aku.Walaupun ketika itu aku masih kecil namun ingatan aku masih lagi jelas melihat keiklasan yang keluar dari wajah mereka.
4.Hari ini aku terasa rindu pulak untuk mendengar ungkapan sebegini tapi pada masa yang sama aku juga merasakan ungkapan sebegini tidak lagi releven untuk di pertuturkan,aku dapat merasakan bahawa hari ini rasa penghormatan sebegini hanya akan di beri pada insan-insan yang mempunyai kuasa untuk mengubah nasib seseorang ATAU mana-mana insan yang mempunyai harta dan kemewahan yang melimpah ruah bukan lagi kepada insan yang seperti Cak aku dulu.Hari ini siapa yang ada kuasa dan harta yang bertimbun inilah insan yang akan di hormati.Cak aku dulu mana ada semua ini,tapi rasa hormat warga terhadap Cak tidak susut pun. Cak aku seorang pendekar atau otai kampung??? Juga mana mungkin kerana bila terlihat saja kilat di langit beliaulah orang yang pertama lari bersembunyi kerana takut.Jadi penghormatan yang Cak aku terima adalah sesuatu yang ikhlas tanpa paksaan atau pura-pura.
5.Hari ini juga aku tertanya apakah pekara yang sebegini masih ada lagi..?Aku amat yakin kalau adapun ianya hanya berkisar di sekitar istana,itu pun bila ada majlis rasmi..Aku juga mahu bertanya kenapa nilai-nilai yang sebegini harus pupus??Apakah ini tandanya satu kemajuan kerana nilai-nilai sebegini hanya layak di antikkan dalam lipatan sejarah melayu???atau tuan badan tak pandai menghargai penghormatan yang di beri,ya la bila tuan badan hidupnya penuh dengan segala macam kekotoran....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment